Saturday, 2 March 2013

Dosa wanita tak bertudung.


‎:: Ramai orang cakap nak pkai tudung lepas kahwin. Sebab tak nak bagi suami dosa. Tapi 

relakah kamu bila bapa menanggung dosa sebelum bernikah? ::




# Ya Allah. Muhasabah diri. :)

Kalau bukan kerana ayah dan suami, buatlah demi diri sendiri. Sayangi diri anda.

Kecantikan Lelaki dan Kegagahan Wanita

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik, adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan 
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Wanita yang gagah, adalah:-

1) Wanita yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Wanita yang tidak takut pada kemiskinan
3) Wanita yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Wanita yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan

Kegagahan wanita berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang wanita.